Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Pendidik dan pengamal perubatan perlu belajar, memahami, mengamal dan berkongsi pendekatan intervensi yang membolehkan individu autistik menjalani kehidupan sebaik mungkin.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, juga amat penting bagi ibu bapa diperkasakan agar mereka dapat menggalakkan anak-anak autistik memenuhi potensi diri.

Beliau yang menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Seminar Antarabangsa Autisme Malaysia (ISAM) 2014 di sini Selasa, turut menegaskan kadar prevalens yang rendah di negara dunia ketiga bukan bermakna masalah itu tidak cukup serius, tetapi mungkin disebabkan kejahilan atau kurangnya kesedaran.

“Dianggar kadar prevalens di Eropah dan Amerika Syarikat ketika ini ialah satu peratus daripada populasi. Jika kita biarkan situasi ini berterusan tanpa langkah-langkah intervensi, sokongan dan perhatian, anak-anak ini lazimnya akan tinggal bersama keluarga dan menjadi orang dewasa yang tidak produktif serta perlu bergantung kepada orang lain sepanjang hayat mereka.

“Malah, penyelidik mendapati lebih seorang daripada tiga dewasa yang menderitai ‘Autism Spectrum Disorder’ (AS) tidak berpeluang melanjutkan pendidikan atau diambil bekerja dalam tempoh enam tahun pertama selepas menamatkan sekolah menengah. Ini mungkin satu kerugian bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada negara yang tidak dapat mengoptimumkan potensinya sebagai sumber manusia,” kata Rosmah yang juga penaung seminar.

Seminar dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Rosmah berkata penganjuran seminar itu dibuat secara komprehensif dengan memasukkan pelbagai topik antaranya mengenai epidemiologi autisme, pengesanan awal dan diagnosis, serta amalan terbaik dalam kesihatan awam untuk ASD.

“Kami percaya topik-topik ini akan menangani pelbagai keperluan dan kebimbangan ibu bapa, pendidik, pengamal perubatan, pekerja sosial, pelajar dan juga badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Rosmah juga melahirkan penghargaan kepada Wanita Pertama dari Sudan, Sri Lanka, Republik Kyrgyz, Albania dan Maghribi yang turut menghadiri seminar serta akan berkongsi pengalaman mereka mengenai autisme dalam slot khas ‘Suara-suara Wanita Pertama’.

Seminar dianjur oleh Program Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebuah NGO, Austism Speaks.

Bertemakan ‘Austism Is Not A Tragedy, Ignorance Is’, seminar menumpukan kepada intervensi berkualiti bagi kanak-kanak autistik selain menjadi platform untuk pelaksanaan Program Permata Kurnia mengenai intervensi awal bagi kanak-kanak autistik Mei tahun depan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment