Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

LIVERPOOL – Pengurus kelab bola sepak Liverpool, Brendan Rodgers (gambar) terlibat dalam satu pertengkaran dengan seorang pemuda yang mengamuk di depan rumah seorang rakan wanitanya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Pertengkaran tersebut tercetus selepas Rodgers, 41, cuba melindungi rakannya, Charlotte Hind, 31, daripada diserang seorang pemuda yang tiba-tiba mengamuk di rumah wanita itu di sini kelmarin.

Rodgers bersama beberapa rakannya pergi ke rumah wanita itu selepas Liverpool berjaya menewaskan Nor- wich 3-2 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Seorang jiran memberitahu, ketika kejadian, Rodgers berada di rumah wanita itu sebelum seorang pemuda yang menaiki kereta berhenti dan terus menjerit di hadapan kediaman berkenaan.

Katanya, Rodgers kemudiannya keluar dari rumah dan memarahi pemuda itu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.

“Pemuda itu yang tidak berpuas hati kemudiannya mengambil satu kayu kriket di dalam keretanya sebelum kembali ke rumah wanita tersebut.

“Dia kemudiannya memukul pintu rumah wanita itu beberapa kali sebelum beredar,” katanya.

Menurutnya, seorang jiran telah menghubungi polis tetapi pihak berkuasa tiba selepas pemuda itu meninggalkan lokasi kejadian.

“Kami tidak tahu mengapa lelaki itu mengamuk di rumah wanita tersebut tetapi Rodgers telah bertindak berani dengan berdepan dengannya,” jelasnya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment