Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa merasmikan Seminar Antarabangsa Berhubung Autisme 2014 di sini dan mengumumkan dua inisiatif utama iaitu penubuhan Pusat Autisme Kebangsaan dan mengisytiharkan projek PERMATA Kurnia sebagai Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Autisme.

Beliau berkata Pusat Autisme Kebangsaan diusahakan memandangkan kerajaan mahu mewujudkan satu sistem campur tangan awal yang komprehensif, menyokong dan memperkasakan keluarga dan memastikan tenaga golongan profesional yang berkesan dan mencukupi bagi menangani autisme.

Najib berkata pusat itu akan beroperasi menjelang Mei tahun depan.

“Berikutan fenomena peningkatan autisme di peringkat global, banyak negara bertindak balas kepadanya secara proaktif dengan pelan tindakan nasional yang preskriptif bagaimana untuk mewujudkan satu sistem campur tangan awal yang komprehensif, menyokong dan memperkasa keluarga bagi memasikan wujudnya tenaga golongan profesional yang berkesan dan mencukupi dalam bidang ini,” katanya.

Lebih 1,000 peserta tempatan dan luar negara menyertai seminar dua hari berhubung autisme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penaung seminar itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment