Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

SYDNEY – Para pelancong dan penduduk pesisir pantai meninggalkan sebahagian kawasan Terumbu Karang Besar semalam ketika ribut Siklon Ita menambah kekuatan di Laut Coral dan menuju ke timur laut Australia.

Beberapa pegawai kecemasan berkata, Siklon Ita diramal tiba di utara bandar Cairns hari ini dan dijangka menyebabkan banjir dan kerosakan besar.

Ribut itu yang membawa angin selaju 280 kilometer sejam (km/j) turut diramal membawa hujan lebat.

“Paras air laut dijangka meningkat jauh lebih tinggi daripada biasa, diikuti ombak besar dan arus kuat yang membanjiri kawasan-kawasan rendah di tepi pantai,” kata biro meteorologi Australia.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Siklon Ita masih diklasifikasi sebagai ribut tropika apabila ia melanda Kepulauan Solomon hujung minggu lalu.

PBB menyatakan, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh di ibu kota Kepulauan Solomon, Honiara yang turut dibadai ribut tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Tenaga Australia, Mark McArdle berkata, Siklon Ita dijangka menjadi ribut paling kuat yang pernah membadai rantau itu sejak Siklon Yasi tiga tahun lalu.

“Penduduk yang terlibat perlu bersedia untuk berdepan ketiadaan bekalan elektrik untuk tempoh sebulan atau lebih lama,” kata McArdle.

Siklon Yasi menyebabkan anggaran kerugian mencecah 3.5 bilion dolar Australia apabila ia melanda negeri Queensland pada Februari 2011. – Reuters

0 comments:

Post a Comment