Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

Pelakon yang kini sedang sarat hamil enam bulan, Scha Al-Yahya mengatakan dia sudah pun mempunyai nama yang bakal diberikan kepada anak sulungnya nanti.

Menurut Scha dia lebih menggemari nama klasik sementara suaminya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari pula lebih berkenan dengan nama-nama yang popular masa kini.

Memetik kenyataannya di Rotikaya, Scha menyatakan, “kalau boleh saya suka nama-nama yang bersifat klasik, seperti Ibrahim kalau lelaki manakala kalau perempuan nama seperti Aminah tetapi Awal pula lebih kepada nama-nama yang ada pada zaman sekarang ini, dan akan kami gabungkan nama-nama tersebut”.''


Selain itu, Scha juga tidak dapat mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya kerana masih belum dapat dipastikan oleh doktor tentang perkara tersebut.

“Saya sudah scan tapi masih belum boleh lagi dapat dipastikan sama ada jantina bayi saya itu lelaki atau perempuan,” katanya.

Bergelar seorang ibu dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, Scha mengatakan dia enggan memanjakan anak-anaknya kelak kerana mahukan mereka untuk lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati sebagaimana dilalui dirinya dan Awal sendiri.

Pastinya peminat sudah tidak sabar nak melihat kecomelan bayi kepada pasangan yang kerap kali disapa sebagai David dan Victoria Beckham Malaysia ini kan! – SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment