MURSITPINAR (Turki) – Kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan terbaharu ke atas bandar Kobani lewat semalam, beberapa jam selepas pejuang Kurdis menerima senjata yang digugurkan dari udara oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata kumpulan jihad terbabit melancarkan serangannya di semua penjuru bandar berkenaan.
Terdapat laporan mengenai pertempuran sengit di Kobani pada sebelah petang.
Serangan itu menyusuli dua serangan bunuh diri di utara Kobani pagi semalam, dalam usaha pihak terbabit untuk memutuskan hubungan bandar berkenaan dari Turki.
IS juga melancarkan satu serangan di pekan Qara Tapah yang dikuasai Kurdis, mengakibatkan 10 orang terbunuh dengan separuh daripada penduduknya yang berjumlah 9,000 orang dilaporkan meninggalkan pekan itu.
“Kami bimbang IS akan mengepung pekan ini dan menjadikannya seperti Amerli kedua,” kata seorang penduduk Qara Tapah, Haidar.
Amerli adalah sebuah pekan Syiah Turki yang ditawan oleh IS sejak dua bulan lalu. – AFP
0 comments:
Post a Comment