Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 21, 2014

No Comment


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangar (MAIS) hari ini mendakwa mereka telah mendapat informasi yang salah dari pengajur acara "I Want To Touch A Dog" mengenai objektif program tersebut.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Ali berkata MAIS difahamkan dari proposal acara itu akan memfokuskan kepada menyebarkan kesedaran tentang kedudukan anjing dan hukum-hakam berkaitannya menurut Islam.

"Proposal tersebut berkata, program ini akan merangkumi cara penyucian apabila seseorang tidak sengaja atau sengaja menyentuh anjing dalam keadaan yang berbeza.", katanya

"Antara objektif yang disenaraikan adalah untuk mewujudkan kesedaran terhadap anjing dalam Islam, cara-cara penyucian, mengenai hukum menyentuh anjing apabila seseorang itu menyelamatkan mereka daripada bahaya dan situasi yang berbeza yang lain, anjing sebagai haiwan belaan dalam Islam dan penggunaan tanah liat dan sabun."

"Setelah mengambil kira objektif tersebut, saya membincangkan perkara ini dengan mufti Selangor dan kami berdua bersetuju untuk membenarkan majlis itu berlangsung," katanya.

Mohamad Adzib berkata MAIS menyertakan beberapa panduan dalam surat kelulusan untuk acara tersebut, bertarikh 9 Oktober, di mana para peserta tidak dibenarkan menyentuh anjing. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment