Poland: “I Love You”, itulah perkataan yang dijahit di badan seekor anjing oleh seorang pelajar universiti yang berjurusan veterinar bagi membuktikan cintanya terhadap teman wanitanya.
Kemudiannya pelajar tersebut memuatnaikkan gambar tersebut di laman Facebooknya. Dia yang merupakan pelajar tahun empat di University of Warmia and Mazury di bandar Olsztyn, dipercayai berbuat demikian ketika pembedahan dijalankan ke atas anjing tersebut.
Bagaimanapun dia telah menerima hentaman yang hebat oleh rakan-rakannya setelah melihat gambar tersebut dan mengecam perbuatannya yang kejam itu.
Namun kekasihnya itu ternyata tertawan dengan tindakan lelaki tersebut lalu bertindak memarahi kawan-kawan yang mengkritik tindakan kekasihnya itu.
“Apa yang tidak beretikanya? Dia belajar untuk menjahit dan hanya menunjukkan kemahirannya,’’ demikian tulisan marah teman wanitanya terhadap mereka yang mempersoalkan tindakan tidak beretika lelaki itu.
Dalam pada itu, pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden berkenaan.
“Menyatakan rasa cinta bukan sesuatu yang salah namun menjahit perkataan itu pada perut binatang adalah perbuatan tidak bermoral dan bukan profesionak terutama kepada pelajar veterinar,’’ kata jurucakap universiti terbabit.
0 comments:
Post a Comment