Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 23, 2013

No Comment
Cemas Dipatuk Ular Kapak


Cemas Dipatuk Ular Kapak
Cemas Dipatuk Ular Kapak - BALING : Seorang remaja berusia 17 tahun berhadapan situasi cemas setelah kaki kirinya dipatut ular kapak dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Lubuk Batu di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Mangsa, Mohamad Sholihin Musa, 17, berkata, ular kapak sepanjang setengah meter itu mematuk bahagian kiri kakinya semasa berada di atas motosikal.
Menurutnya, ketika kejadian, dia baru pulang dari kelas al-Quran dan sedang berbual dengan ibunya di hadapan rumah.
“Saya tidak mendengar sebarang bunyi, tetapi terasa sesuatu mematuk kaki saya. Saya terkejut setelah mendapati terdapat seekor ular di bawah motosikal saya.
“Ibu yang berada di situ terus memanggil ayah seterusnya bertindak membunuh haiwan itu,” katanya semasa menerima kunjungan daripada Umno Bahagian Baling.
Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia terus dibawa ke Hospital Baling untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Ditanya mengenai keadaannya ketika kejadian, Sholihin berkata, dia tidak mengalami sebarang tanda kesakitan melainkan kebas di bahagian kakinya itu.
“Lagipun, saya terus dibawa ke hospital. Kalau lambat, pasti memberi kesan kepada saya. Alhamdulillah, selepas mendapat rawatan keadaan saya bertambah baik,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Baling, Dr Suhaila Abas berkata, Hospital Baling mempunyai vaksin ular bagi merawat mangsa yang dipatuk ular.
Menurutnya, kebanyakan kes dipatut ular adalah pada musim padi dan setakat ini belum pernah ada sebarang kematian disebabkan dipatuk ular di daerah ini.
“Alhamdulillah, masyarakat semakin sedar dengan terus membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.
“Yang penting, mereka perlu tahu jenis ular yang mematuk. Ini akan memudahkan pihak hospital memberikan vaksin yang bersesuaian,” katanya.
Ditanya sekiranya keluarga mahupun mangsa tidak mengetahui jenis ular itu, Dr Suhaila berkata, pihak hospital akan melakukan pemeriksaan, termasuk melihat corak gigitan bagi mengenal pasti jenis ular itu. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment