Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 27, 2013

No Comment

Pulang Dari Umrah Shila Amzah Terus Ke China  Dan US
Pulang Dari Umrah Shila Amzah Terus Ke China Dan US - KUALA LUMPUR : Sepertimana yang dirancang dan telah diuar-uarkan kepada media ketika sidang akhbar khas hujung bulan Februari, Shila Amzah yang baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga kini telah pun berada di Shanghai.
Pemergian Shila kali ini dengan misi yang lebih besar di mana dia akan memulakan sesi rakaman lagu terbarunya seperti yang dirancangkan. Tambah menggembirakan, rancangan untuk Shila mengikuti konsert di 3 lokasi di Amerika Syarikat juga dijadualkan berjalan lancar.
Perkara ini disahkan ibunya, Fauziah Sarman yang dihubungi terus dari Shanghai sebagai mewakili Shila yang kurang sihat dan telah mengalami batuk dan selsema semenjak mereka di Madinah ketika itu.
“Buat masa sekarang Shila masih lagi batuk. Kami baru sahaja pulang daripada hospital sebab Shila masih sakit tekak. Esok (hari ini), dia mempunyai rakaman lagu. Kali ini agak lama kami tinggalkan Malaysia.
“Insya Allah 29 Mac ini kami akan berlepas ke Amerika Syarikat sebab Shila terlibat dengan 3 konsert besar di 3 bandar iaitu New York, Las Vegas dan California. Selepas itu 10 April kembali ke Shanghai kerana ada komitmen 4 konsert di sini.
“Rasanya hujung April nanti, baru kami akan balik sekejap ke Malaysia. Itu pun belum tahun untuk berapa lama,”ujar Puan Fauziah yang menemani anak sulungnya itu membina kerjaya di luar negara.
Shila Amzah dan keluarga telah berlepas ke tanah suci Mekah pada 12 Mac lepas untuk menunaikan ibadah umrah. Ini merupakan kali pertama Shila dan ibu dan bapanya menjalani ibadah umrah bersama-sama. – Murai

0 comments:

Post a Comment