Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 27, 2013

No Comment

Penentang Syria Berucap Pada Liga Arab
Penentang Syria Berucap Pada Liga Arab - DOHA : Kumpulan penentang utama di Syria yang diberi penghormatan untuk berucap pada persidangan Liga Arab di Doha menerima tepukan yang gemuruh semalam.
Tepukan gemuruh itu diberikan apabila pemimpin penentang Syria tersebut duduk di kerusi yang disediakan di persidangan berkenaan.
Beliau buat pertama kalinya mengecam pemerintah Presiden Bashar Al-Assad dengan menggelarkannya sebagai pencuri.
Dalam ucap tamanya itu, Ketua Majlis Kebangsaan Syria, Ahmed Moaz al-Khatib menuntut agar pihak penentang dibenarkan untuk mewakili rakyat Syria pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak rakyat Syria menentukan masa depan mereka.
Khatib sebelum ini mengejutkan pihak pembangkang dengan mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad lalu.
Bagaimanapun, beliau mengetuai delegasi majlis tersebut dengan memasuki dewan persidangan selepas dijemput oleh Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani yang telah membuka persidangan berkenaan.
Bendera kumpulan penentang dilihat menggantikan bendera rasmi Syria apabila Khatib ditemani Perdana Menteri penentang pertama Syria, Ghassan Hitto dan para pemimpin penentang lain.
“Kami meminta semua bentuk sokongan daripada sahabat-sahabat di luar negara dan saudara-saudara termasuk hak penuh kami untuk mempertahankan diri,” katanya di persidangan itu.
Dia turut menegaskan bahawa rakyat Syria sendiri akan menentukan masa depan negara mereka.
Sementara itu, pertempuran antara kumpulan penentang dengan tentera telah menyebabkan lebih 70,000 orang telah terbunuh sejak Mac 2011.
Pertempuran itu berlaku hasil daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment