Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 28, 2013

No Comment
Bayar RM50 Kalau Nak Jadi Askar Sulu!


SEMPORNA – Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.
Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.
Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.
“Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.
“Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina,” katanya semalam. (Kosmo!)

0 comments:

Post a Comment