Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 26, 2013

No Comment
VIDEO: Luangkan Masa Mendengar Ucapan Let. Jen (B) Datuk Seri Zaini Mengenai Lahad Datu & Sauk


Datuk Seri Zaini Mohd Said adalah Leftenan Jeneral bersara Tentera Darat Malaysia.
Beliau terkenal kerana penglibatannya dalam Ops Subuh menyerbu Al-Ma’unah pada 2000.
Zaini menjelaskan, pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah tidak boleh disamakan dengan insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak, pada Julai 2000
Beliau berkata militan Al-Maunah mengisyitharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong manakala militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu datang untuk menuntut negeri Sabah.
Zaini, yang terbabit dalam operasi menumpaskan kumpulan Al-Maunah, berkata situasi dan motif kedua-dua kumpulan militan adalah berbeza yang mana anggota Al-Maunah adalah rakyat tempatan manakala militan Filipina adalah warga asing.
Militan Al-Maunah bercadang menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui huru-hara manakala kumpulan bersenjata Filipina di Sabah menceroboh dengan menggunakan tindakan kekerasan, katanya.
image (1)
Baru-baru ini beliau telah dijemput untuk memberi ucapan mengenai peristiwa di Lahad Datu dan juga di Sauk.
Luangkanlah sedikit masa mendengar kata-kata beliau…moga kita selepas ini TIDAK KELIRU DAN TIDAK TERUS DIKELIRUKAN! – Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment