Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 24, 2013

No Comment

Myanmar Umum Perintah Darurat
Myanmar Umum Perintah Darurat - MEIKHTILA, Myanmar : President Myanmar, Thein Sein semalam mengumumkan perintah darurat di bandar ini selepas sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam keganasan yang tercetus di antara penganut Islam dan Buddha.
Perintah darurat itu dibuat bagi membolehkan pasukan tentera membantu mengembalikan keamanan. Situasi dikatakan semakin tegang semalam apabila beberapa kumpulan termasuklah sami Buddha yang bersenjatakan pisau dan kayu merayau di jalan-jalan.
Ini merupakan keganasan terburuk sejak pertempuran antara dua kumpulan penganut agama berbeza itu tercetus di negeri Rakhine tahun lalu. Insiden tersebut mengorbankan kira-kira 180 nyawa dan lebih 110,000 orang hilang tempat tinggal.
“Keadaan tidak terkawal, walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya,” kata ahli parlimen dari parti pembangkang, Parti Liga Nasional untuk Demokrasi, Win Htein.
Beratus-ratus penganut Islam cuba mendapatkan perlindungan di sebuah padang bola sepak dan balai polis. Sementara penganut Buddha pula berkumpul di tokong-tokong. – AFP

0 comments:

Post a Comment