Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 27, 2013

No Comment

Banyak Masjid Dibakar, Keganasan Di Myanmar
Banyak Masjid Dibakar, Keganasan Di Myanmar - YANGON : Keganasan agama di Myanmar yang telah meragut 40 nyawa kini merebak menghampiri kota raya utama negara itu, Yangon, kata polis semalam.
Keganasan baharu melibatkan penduduk Islam dan penganut Buddha tercetus kelmarin dan sekali lagi semalam di beberapa buah kampung di rantau Bago, sekitar 150 kilometer ke utara Yangon.
Beberapa buah masjid dan berpuluh-puluh kediaman telah dimusnahkan dalam kekacauan yang berlaku.
“Polis dan askar terpaksa mengawal pertempuran yang tercetus hampir sepanjang malam,” kata seorang anggota polis kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, sebuah lagi masjid dimusnahkan di bandar Oakpho semalam.
Keganasan agama tersebut bermula pada 20 Mac lalu di Meiktila, sekitar 130 kilometer ke utara ibu kota Myanmar, Naypyidaw yang berpunca daripada pertengkaran di sebuah kedai emas. – AFP

0 comments:

Post a Comment