Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 26, 2013

No Comment
Selangor Bubar DUN 22 April - Menteri Besar


PETALING JAYA –  Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.
“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak,” kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan PAS dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan pusat.
Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan, berkata pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.
“Sekarang kita bincang dahulu,” katanya. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment