Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 28, 2013

No Comment

Hospital Kecoh Bahan Kimia Tumpah
Hospital Kecoh Bahan Kimia Tumpah - BUKIT MERTAJAM : Hospital Bukit Mertajam di sini semalam kecoh selepas sejenis bahan kimia yang disimpan di dalam setor di bangunan Unit Integrasi hospital itu didapati tertumpah.
Kira-kira 20 liter bahan kimia dikenali sebagai Renalin 100 Hydrogen Proxide yang digunakan untuk mencuci peralatan perubatan itu tumpah di dalam setor berkenaan pada pukul 4.45 petang.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku sama ada melibatkan kakitangan hospital atau pesakit.
Lokasi setor penyimpanan bahan kimia itu terletak kira-kira 200 meter dari sebuah blok yang menempatkan wad pesakit.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Aznan Ashraf Abu Zarin berkata, Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai dan Jalan Perak dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.58 petang. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment