Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 27, 2013

No Comment
Adegan PANAS Dengan Nora Danish...Saya Hanya Ikut Arahan Pengarah, Kata Rusdi


Jika pelakon cantik Nur Fazura masih berpegang kuat dengan prinsipnya iaitu enggan melakukan sebarang adegan di ranjang, lain pula dengan aksi dua pelakon ini, Rusdi Ramli dan Nora Danish yang memaparkan aksi panas di atas katil.
Melalui trailer filem Mencari Cinta yang berdurasi 1 minit 32 saat ini terdapat beberapa babak panas yang mungkin tidak sesuai untuk ditayangkan buat tatapan umum.
Sekali tengok adegannya ada macam filem romantis Hollywood popular, The Notebook lakonan Ryan Gosling dan Rachel McAdams.
Filem-Mencari-Cinta
Sementara itu, menerusi Harian Metro hari ini, Rusdi tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan, “memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah”.
Mengulas lebih lanjut mengenai babak panas tersebut, Rushdi Ramli turut akui yang dirinya tidak berdepan dengan sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora menerusi filem itu dan tidak menyangka adegan berkenaan akan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan penonton.
580351_218937031552761_192585840854547_385883_1751564199_n
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya.
Filem ini turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Fauziah Ghous dan Mahmud Ali Basha.
- trailer Filem Mencari Cinta

0 comments:

Post a Comment