Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 22, 2013

3 comments
Wanita, kanak-kanak


**Bersyukurlah dengan keamanan yang ada di Malaysia …Kita Pilih Keamanan!
Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di perkampungan “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.
Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.
syaria zalim
Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.
Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.
Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”.

3 comments:

  1. xda sapa nk bbunyi seolah2 xda apa yg blaku.klu israel atau US buat,1 dunia gempar..

    ReplyDelete
  2. x mustahil perkare mcmni belaku kat m'sia

    ReplyDelete
  3. Kat Malaysia pun dah berlaku. Cuma belum seteruk Syria je. UMNO/BN yang dah nazak menggunakan apa cara pun untuk memegang pada kuasa. Sampai kaki-kaki pukul, mat rempit tajaan UMNO/BN mengganas membuat kacau bilau pada majlis pembangkang. Walaupun diberi butiran orang-orang yang menbuat kacau sampai ada gambar, polis tidak menggambil tindakan seolah-olah bersekongkol membenarkan. Ada tak bunga-bunga seperti Syria.
    Media arus perdana dikongkong untuk hanya menyiarkan polisi UMNO/BN saja. Kebelakangan ini hari-hari di TV asyik ada temuramah membariskan hanya penyokong tegar UMNO/BN untuk "brainwash" pengundi. Cara saikologi ini mendesak cara halus tapi tetap cuba mengongkong rakyat.
    Seperti Syria polis, SPRM, kehakiman dll kat Malaysia cuma boneka politik mematuhi apa saja kehendak UMNO/BN. Ini tak perlu dihuraikan - satu dunia dah tahu.
    Apa pulak tak sama dengan kat Syria. Puak kerajaan Malaysia menggunakan apa cara pun untuk berpaut pada kuasa. Cuma bunuh beramai-ramai je belum.

    ReplyDelete