Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 19, 2013

No Comment
dera


KUALA LUMPUR — Seorang suri rumah meninggal dunia
dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan
Puchong di sini.
Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata
terdapat kesan lebam yang baharu dan lama di seluruh badan mangsa.
“Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera
mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak
tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.
Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment