Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 5, 2014

No Comment

Setelah menimbulkan kontroversi dengan pakaian separuh bogelnya pada awal minggu ini, kali ini iklan kempen minyak wangi Rihanna pula telah diharamkan daripada ditayangkan di United Kingdom (UK).

Menerusi poster iklan Rogue by Rihanna itu, penyanyi kelahiran Barbados ini bergambar dengan separuh bogel dengan hanya menggunakan seluar dalam berwarna hitam dan kasut tumit tinggi dari rona yang sama.

Menurut pihak berkuasa berkaitan pengiklanan di UK, poster itu dilihat sebagai provokatif dengan nilai sensual yang mana menyebabkan ianya diharamkan daripada ditayangkan di tempat umum dan kepada kanak-kanak.

“Kami tidak sepenuhnya mengharamkan, tetapi iklan tersebut tidak akan ditayangkan di kawasan umum,” kata salah seorang daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pelepasan pengiklanan di sana.


Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment