Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014


Puchong: “Orang jahat itu acu pisau dan ugut saya sama ada mahu hidup atau mati!. Saya kemudian beritahu mahu turun dari kereta bersama adik,” kata kanak-kanak, Muhammad Naqiuddin Muhammad Rashid, sembilan tahun yang dilarikan penjenayah bersama kereta Proton Gen 2 milik ibunya di Jalan Dahlia 1, Taman Puchong Perdana di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa dan adiknya, Muhammad Thaqif, tiga bulan diarah turun di kawasan kilang di Taman Perindustrian Puchong selepas dilarikan sejauh hampir lima kilometer. 

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya itu di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun ke rumah pengasuh. 

“Saya takut, tapi saya tetap dukung adik dan cuba minta tolong. Saya penat jalan kaki, nasib baik jumpa pak cik dan hantar kami ke sekolah,” katanya yang kelihatan tidak bermaya dan trauma.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui di Balai Polis Bukit Puchong, Karniyurtini Ishak, 35 berkata, dia bertindak mengejar keretanya sejurus menyedari Naqiuddin dan Thaqif masih berada di dalam kenderaan.

“Saya berlari sekuat hati sehingga kereta itu hilang daripada pandangan dan memasuki jalan utama berhampiran sekolah agama tempat saya mengajar. Saya kemudian masuk ke dalam kawasan sekolah dan menjerit meminta tolong. 

“Ada beberapa orang awam yang menghantar anak mereka dan penduduk sekitar cuba membantu dengan mengejar kereta dipandu suspek, namun tidak berhasil,” katanya yang hanya mampu menangis di pekarangan sekolah yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian. 

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment