Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

No Comment

RAWANG – Minggu lalu laman Facebook kecoh dengan aduan mengenai makanan ringan berbentuk rokok yang dijual di luar sekolah di sekitar Rawang.

Kisah bermula apabila pengawas sekolah merampas jajan gula-gula getah bentuk rokok itu dalam kawasan sekolah dipercayai dibeli murid-murid dari seorang penjaja yang berniaga di luar.

Tinjauan Sinar Harian selama dua hari bermula kelmarin, mendapati aktiviti menjaja rancak berlaku di luar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (BTP) 2.

Semalam, seorang penjaja makanan ringan di luar kawasan sekolah itu cabut lari sebaik terlihat kehadiran van penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sementara mereka berniaga dari dalam kereta segera menutup bonet masing-masing sebelum berlalu meninggalkan kawasan sekolah.

Difahamkan aktiviti menjaja dilakukan bermula jam 12 hingga 1 petang dan kembali semula sekitar jam 6 petang sewaktu murid sesi petang pulang.

Mereka (penjaja) hanya mengosongkan kawasan jika melihat MPS datang, dan kembali berniaga selepas van penguatkuasa meninggalkan kawasan.

Sumber penguatkuasa berkata, satu sitaan telah dibuat kelmarin dan pihaknya sentiasa akan meneruskan pemantauan selepas menerima aduan orang awam mengenai aktiviti menjaja di luar kawasan sekolah.

 “Kita bagi nasihat dulu kepada penjaja dan jika degil tindakan sita akan diambil kerana tidak mempunyai permit dan jarak niaga kurang 100 meter dari kawasan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK BTP 2, Azman Sapian berkata, aktiviti menjaja di luar pagar sekolah dekat kawasan menunggu memang mengganggu laluan yang digunakan murid dan penjaga.

 “Kita tak halang mereka meniaga dan tiada hak menutup pintu rezeki mereka tapi cara mereka letak jualan di tempat menunggu mengganggu keselesaan murid yang tunggu penjaga dan van sekolah tiba.

“Soalnya siapa yang akan dipersalahkan jika murid alami keracunan makanan. Kami juga ada nasihat penjaja supaya jual makanan yang berkhasiat bukannya makanan ringan apa lagi barang mainan yang mahal,” katanya.

Mengulas mengenai penemuan gula-gula getah berbentuk rokok, isu itu katanya tentu sekali menimbulkan keadaan kurang senang dalam kalangan ibu bapa kerana dibimbangi membawa pengaruh negatif dalam pembesaran anak-anak.

“Kita terpaksa mendapatkan kerjasama daripada MPS selepas nasihat secara baik yang diberikan kepada penjaja tidak diendahkan malahan menjual makanan makanan ringan berbentuk rokok dekat dengan kawasan sekolah.

“Penjaja jangan salahkan sekolah atau PIBG jika dikenakan tindakan oleh MPS kerana nasihat yang diberikan tidak diendahkan hingga menyebabkan penjaja lain berdekatan turut terkena tempiasnya,” katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment