Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014


Subang Jaya: Rakyat Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Reka Bentuk PROTON 2014 bertemakan ‘PROTON City Car 2020’ yang berlangsung mulai semalam sehingga 4 Ogos.

“Kami percaya terdapat ramai anak muda Malaysia yang berbakat, jadi kami menyediakan saluran untuk mereka menunjukkan kebolehan dalam reka bentuk kereta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Bhd (Proton) Datuk Abdul Harith Abdullah dalam satu kenyataan semalam. 

Hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai, komputer riba Macbook yang dilengkapi perisian reka bentuk serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Rekabentuk Kreatif PROTON. 

Peserta yangdalam dua kategori umur (13-17 dan 18-25 tahun) boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 bahagian depan, sisi dan pemandangan belakang, berminat boleh menghantar penyertaan melalui pos atau secara dalam talian ke citycar2020.proton.com.

Sumber - myMetro

1 comments: