Lelaki Mati Kerana Berzina Di Bulan Ramadhan
Tiada apa yang lebih memalukan selepas aku terbaca berita ini. Bulan Ramadhan sesungguhnya iblis dan syaitan dirantai, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup serapatnya. Umat Islam diberi peluang tanpa gangguan makhluk itu dalam memudahkan lagi kita menepis sebarang keinginan nafsu yang senantiasa diikut turut setiap masa. Namun pada hakikat ada juga yang tidak dapat melawannya.
Apa yang lebih hebat lagi adalah terus ingkar dengan melakukan perkara yang di anggap kononnya menjadi yang terhebat. Akibat menunjukkan kehebatan, maka di ambil nyawanya ketika sedang berzina di bulan puasa. Sudahlah tidak puasa, berzina pula. Sudahla berzina, makan pula ubat kuat untuk menjadi jaguh dalam pertarungan seks. Sudahlah makan ubat, sapu pula arak satu tin. Sangat memalukan. Menyedihkan? Bagi aku jauh sekali tidak. Bertambah-tambah malu lagi ada. Bagaimana akan aku jawab andai diajukan pertanyaan dari mereka yang bukan Islam.
Tapi apa boleh buat. Bukan disuruh. Sendiri mahu. Apa yang menyedihkan apabila aku cuba bayangkan bagaimana Malaikat maut menjemputnya ketika waktu itu pada bulan yang sungguh di anggap mulia. Tidak malukah dengan Allah SWT. Semoga kisah ini menjadi juga pedoman kepada yang lain. Menunjukkan hambanya boleh dijemput kembali pada bila-bila masa. Kalau dalam keadaan baik. baiklah ia. Begitu juga sebaliknya….Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment