Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 12, 2012

No Comment

Suami Cakap SHARIFAH SOFIA Cantik Bertudung!
Cerita Sharifah Sofia:
“Alhamdulillah… saya yakin ini adalah yang terbaik untuk saya. Mungkin ada yang tertanya-tanya atau terkejut dengan penampilan baru saya ni.
“Sebenarnya bukan mudah untuk saya buat keputusan ubah penampilan. Keputusan ini juga tak melibatkan mana-mana pihak pun. Ikhlas lahir dari dalam hati saya.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Kalau nak tahu, semenjak bertudung ni, hati saya semakin tenang dan dapat rasakan kehidupan lebih bahagia.
“Saya juga rasa bertuah kerana dapat sokongan suami dan keluarga serta peminat dalam apa yang saya lakukan. Suami selalu cakap saya cantik bertudung, itu dah buat saya cukup happy, hehe…
“Memang banyak perbezaan kehidupan saya dulu dan sekarang. Sebelum bertudung, saya banyak menghabiskan masa di kelab dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Bila bertdung ni, dah tentu tempat-tempat sebegitu tak sesuai lagi untuk saya kunjungi.
“Pasal kerjaya, saya dah lama tak berlakon. Kalau ada tawaran nanti, saya akan pilih watak yang sesuai dengan penampilan. Mungkin hanya telefilem sebab tak perlukan komitmen yang panjang seperti drama bersiri.
“Kalau boleh mereka perlu benarkan saya bawa Ariana ke lokasi shooting. Saya tak upah orang gaji kerana nak anak besar di depan mata sendiri…
manisnya…..
“Tak dinafikan, memang rindu sangat nak berlakon atau bekerja di luar, tapi saya lebih selesa duduk di rumah jaga anak dan makan minum suami. Ini lebih penting untuk kebaikan rumah tangga saya.”
Nak anak lagi
ANAK adalah pengikat kasih sayang suami isteri dan permata dalam rumahtangga. Sharifah Sofia tak pernah merancang dalam soal anak.
“Insya Allah… Saya dan suami ada merancang nak mengerjakan umrah. Saya nak rasa kemanisan beribadat di sana. Saya juga nak berdoa agar dikurniakan anak lagi.
“Tak dinafikan, sebelum ini pernah laa merancang pasal anak tapi sekarang tidak lagi. Saya tak kisah berapa orang sebab itu semua rezeki daripada Allah.” Begitulah cerita Sfea yang sebelum ini dah banyak berlakon drama seperti Astana Idaman, Akademi, Skuad Elit, Pesona Bintang, Sekudus Doa Arisa serta filem Gong, Orang Minyak dan banyak lagi. Mangga Online doakan Sofia terus sukses dan bahagia hingga ke syurga ye! Amin…. – Mangga
Suami Cakap SHARIFAH SOFIA Cantik Bertudung!
Suami Cakap SHARIFAH SOFIA Cantik Bertudung!

0 comments:

Post a Comment