Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 16, 2013

2 comments


Ramai kawan-kawan aku dan mungkin di luar sana baru menggunakan smartphone yang menggunakan operasi sistem android dan mungkin mencari app mana yang mungkin menarik dan sesuai untuk korang. Di sini aku sertakan antara apps yang patut korang download bagi pengguna android. 

1) Whatsapp.
Whatsapp adalah rangkaian sosial paling popular di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan SMS dengan percuma selama setahun kepada pengguna android. Namun begitu, ada juga rangkaian sosial yang menyediakan perkhidmatan SMS dan Voice calling secara percuma menerusi Wifi seperti Viber, KiK, Chat On, Line dan sebagainya. Terpulang kepada korang untuk mendownload di mana korang rasakan sesuai.

2) Facebook
Facebook juga merupakan salah satu rangkaian sosial yang popular di seluruh dunia. Dengan adanya app facebook di android, ianya akan memudahkan korang untuk berhubung dengan rakan-rakan korang mahupun keluarga korang. Bukan itu sahaja,Google+ juga kelihatan semakin meningkat dan mendapat perhatian yang tinggi buat pengguna Google+ di android. Jikalau korang mempunyai twitter, korang juga boleh download app di android. Skype juga bukan sahaja ada di PC korang malahan anda ada di android.

3)Instagram
Instagram merupakan tempat sosial dimana korang boleh berkongsi gambar-gambar korang bersama teman-teman, dan korang boleh like dan komen terhadap gambar yang telah di post oleh rakan korang. Tidak juga ketinggalan apps Camera360 ultimate dan EyeEm yang juga menawarkan sama seperti Instagram tetapi membawa sedikit kelainan.

4)Youtube
Youtube juga popular dikalangan pengguna androids, dimana memudahkan pengguna untuk menonton video di mana-mana sahaja asalkan smartphone anda mempunyai Internet.

5) Zedge
Apps ini menawarkan wallpaper, ringtones & Notification secara percuma kepada pengguna android.



6)Vaulty
App ini adalah bertujuan menyembunyikan gambar dan video dari dilihat oleh rakan-rakan korang. Seperti contoh kemungkinan gambar anda mungkin tidak menutup aurat, korang boleh menyimpan ke Vaulty supaya tidak dilihat oleh rakan korang. Vaulty ini dilengkapi dengan kata laluan @ password.

7)Photo Grid, PicArt, InstaPlace, Instaweather & Aviary
Apps di atas semua ini menawarkan kepada pengguna android yang ingin mengubah gambar menjadi lebih cantik.

8) Temple Run 1 & 2
Permainan ini boleh menghilangkan rasa bosan korang dan permainan ini amat popular di seluruh dunia dengan sebanyak hampir 10 juta orang mendownload game ini. Android juga menyediakan permainan yang dicpta oleh anak tempatan kita iaituDam Haji. Korang boleh download di playstore

9) 4shared Download, Mp3 Music Download, Tubemate
Apps di atas menawarkan kepada pengguna untuk mendownload lagu atau video secara percuma. Tubemate tidak ada di playstore tetapi korang boleh search tubemate di laman web google.

10) Yahoo, Hotmail, Gmail
setiap orang mempunyai akaun e-mail, dengan adanya apps seperti diatas korang boleh menyemak inbox yang telah dihantar kepada korang tanpa perlu membuka pc atau laptop dan juga boleh menghantar kiriman email kepada rakan-rakan korang.

11) Quran,MyPerisai, Doa & zikir solat serta Adhan Alarm.
Sebagai umat islam perlu adanya apps sperti di atas supaya dapat kita memperdekatkan diri kita dengan ALLAH S.W.T

2 comments:

  1. Tp nape apps quran,my perisaidoa zikir solat jd ranking yg last skali.pd hal tu yg utama.yg lain tu cume dunia belaka..

    ReplyDelete
  2. ni la mlayu..ko ingt anderoid tu islam je pakai?

    ReplyDelete