Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 16, 2013

2 comments
Psy Tak Hormat Perdana Menteri Tatkala Tiada Di Pentas?


Psy Tak Hormat Perdana Menteri Tatkala Tiada Di Pentas? - KL : Murai Batu pasti, ramai yang sudah tahu mengenai tindakan penyanyi popular Korea, Psy yang tidak hadir ke pentas untuk bersama-sama denhan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak serta barisan ahli-ahli tertinggi Barisan Nasional ketika upacara tradisi menggaul ‘yee-sang’ diadakan dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Pulau Pinang pada Isnin lalu.
Mana taknya, video rakaman ketika Psy dipanggil naik ke pentas oleh pengaracanya telah pun tersebar di laman internet dan YouTube. Murai Batu terkejut menonton video itu kerana tindakan Psy itu seolah-olah seperti tidak hormat kepada penganjur konsert itu apatah lagi Perdana Menteri.
Psy telah dipanggil beberapa kali oleh pengacaranya, malah semua tetamu kehormat terpaksa menunggu beberapa minit untuk upacara tersebut, tetapi berlangsung, malangnya Psy sampai kesudah tak naik ke pentas.
Murai Batu pun tak fahamlah dengan perangai artis antarabangsa seorang ni. Yelah, awak tu da lah datang negara orang, sekurang-kurangnya hormatlah majlis yang dihadiri. Psy bukan sahaja hadir, malah diberi peluang membuat persembahan di konsert tersebut.
Murai Batu rasa memang tak patut Psy berbuat begitu, lebihl-lebih lagi bila bearda di negara orang. Murai Batu harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak terlalu menyanjung orang atau artis luar sedangkan mereka sendiri tidak hormat kepada Negara kita. – Murai

2 comments:

  1. Najib yang muka tak tahu malu. PSY dah memang tak sudi nak join pun dipujuk-pujuk paksa. Kan dah malu besar.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..sian PM kite..padanla rakyat benci sgt..Psy yg dibayor berjuta-juta pn benci kat die, apetah lg rakyat yg dibayar RM205~500...

    ReplyDelete