Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 16, 2013

No Comment
Bayi Ini Dimasukkan Dalam Beg Dan Ditinggalkan Di Tempat Parkir Kereta...


SEREMBAN – Seorang bayi perempuan ditemui oleh sepasang suami isteri di kawasan letak kereta berhampiran Taman AST di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata bayi yang dianggar berusia tiga bulan seberat empat kilogram itu ditemui pasangan berkenaan pada kira-kira 7.35 malam.
“Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibunya sebelum ditemui pasangan terbabit yang pergi ke kereta mereka yang diparkir di situ. Bayi itu diletakkan di parkir kawasan itu bersama peralatan yang lain seperti susu, tuala dan baju,” katanya ketika dihubungi hari ini.
image
Beliau berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk pemeriksaan.
Katanya, siasatan akan diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi itu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri Datuk Zainab Nasir turut melawat bayi itu di HTJ hari ini. – Bernama

0 comments:

Post a Comment