Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 17, 2013

No Comment

Fahrin Ahmad Kini Bergelar Penyanyi
Fahrin Ahmad Kini Bergelar Penyanyi - Pelakon berbadan sasa, Fahrin Ahmad melebarkan profile kariernya sebagai penyanyi pula apabila single pertamanya, Siapa Ingin Membawa dijadikan sebagai lagu runut bunyi untuk drama terbaru lakonannya yang berjudul Rindu Bertamu di Abu Dhabi.
Melalui Kosmo, Fahrin menjelaskan dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua yang berlaku adalah tidak dirancang.
“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
“Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” katanya.
Lagu tersebut merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment