Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 24, 2013

No Comment
kebakaran

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai kawasan Iarangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.
Ketua Pegarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hasan berkata, larangan itu bagaimanapun dikecualikan bagi pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah.
“Larangan ini berkuatkuasa serta merta sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Langkah ini sejajar dengan peruntukkan di bawah Seksyen 29A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001,” katanya melaui satu kenyataan media hari ini.
Halimah berkata, mereka yang melanggar arahan tersebut jika sabit kesalahan melakukan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Menurut beliau, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan yang disabitkan.
Berikutan itu beliau turut meminta semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.
Katanya, orang ramai di seluruh negara juga diminta memberi kerjasama memadamkan kebakaran kecil serta membuat pelaporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang diikesan.
Maklumat itu boleh disalurkan dengan menghubungi talian JAS 03-8889 1972/ 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat ditalian 03-8888 0336. 

0 comments:

Post a Comment