Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 25, 2013

No Comment
hujan2

Syukur ke hadrat Allah SWT apabila beberapa kawasan di Lembah Kelang mula menerima hujan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Ketika berita ini ditulis petang ini, sudah tersebar di Facebook hujan turun di kawasan Petaling Jaya, Damansara, Sungai Buluh, Puchong dan Shah Alam.

Hujan hari ini turun setelah solat “memohon hujan” dibuat di Masjid Negara selepas waktu Zohor tadi ekoran krisis jerebu yang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini dilaporkan berkata, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan menggunakan pendekatan solat Istisqa bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Menurutnya, solat “memohon hujan” itu telah diamalkan pada zaman Rasulullah S.A.W untuk memohon pertolongan ALLAH S.W.T menurunkan hujan.
“… negara mengalami darurat kerana jerebu, jadi saya berpandangan keadaan ini perlu diusahakan dan diikhtiar supaya kembali kepada keadaan yang baik dan normal seperti sediakala.
“Jadi, saya ingin mengajak semua umat Islam supaya menggunakan pendekatan yang telah diajarkan kepada kita.
“Antara yang boleh dilakukan ialah berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian dan melakukan solat Istisqa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah ahli Parlimen sesi 2013-2018 semalam.
Di Kuala Lumpur sendiri sudah mula kedengaran bunyi guruh…diharap ia akan disusuli oleh hujan lebat.
Benarlah…hujan itu rahmat….
Keadaan berjerebu yang dialami negara dijangka akan mula pulih sekiranya hujan mula turun kembali di merata tempat.
Namun, masalah jerebu tahun ini akan hanya selesai sepenuhnya jika hujan berlaku di titik-titik panas di Sumatera yang menjadi punca kepada kejadian jerebu.
Teruslah kita berdoa agar hujan akan turun lagi.

0 comments:

Post a Comment