Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 24, 2013

No Comment
Mati Tergantung

PERAK– Seorang lelaki yang baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiganya ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Felcra Changkat Lada, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun ditemui di ruang tamu rumah oleh anak sulungnya yang berusia tujuh tahun, ketika pulang untuk melihat keadaan mangsa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah berkemungkinan mengalami halusinasi.
“Isteri mangsa dilaporkan masih berada di Hospital Teluk Intan kerana menerima rawatan selepas bersalin. Pada hari kejadian anak mangsa bersama neneknya pergi ke rumah untuk melihat mangsa.
“Bagaimanapun mereka terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan tergantung dengan keadaan tali terjerut di leher,” katanya.
Beliau berkata, daripada pemeriksaan awal, tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat tekanan kuat di bahagian leher. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment