Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 24, 2013

No Comment
Bilangan Titik Panas Sumatera Meningkat 188

KUALA LUMPUR – Bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di Sumatera, Indonesia semalam meningkat hampir dua kali ganda daripada 64 pada Jumaat lepas kepada 118 hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura menunjukkan asap jerebu bertambah tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.
Katanya, tiupan angin dari arah barat daya telah membawa asap jerebu dari Riau ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
“Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara dan dijangka berterusan sehingga September ini,” menurut jabatan itu.
Menurut JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkod pada 11 pagi ini mendapati Muar, Johor dan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai berada pada tahap berbahaya, dengan Muar mencatat IPU 690, manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, masing-masing dengan bacaan 428 dan 415.
Sebanyak 17 stesen di negara ini mencatat IPU tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.
Stesen yang berada pada tahap tidak sihat ialah: Selangor: Pelabuhan Klang dengan bacaan 192, Petaling Jaya (125), Banting (115), Shah Alam (112)dan Kuala Selangor (104).
Kuala Lumpur: Cheras (111) dan Batu Muda (108) Negeri Sembilan: Nilai (106), Seremban (104) dan Port Dickson (184) Johor: Pasir Gudang (110), Larkin (117) dan Kota Tinggi (124) Pahang: Indera Mahkota (107) dan Balok Baru (149) Terengganu: Paka (105) dan Kemaman (153).
Berdasarkan IPU, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor sehingga ke suatu masa berikutan bacaan IPU melebihi 500. Menurut JAS, larangan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar Rabu lepas di Selangor, Melaka dan Johor masih berkuat kuasa kecuali beberapa aktiviti seperti pembakaran mayat dan pembakaran bagi tujuan keagamaan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dijadual menemui rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada Rabu ini bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu merentas sempadan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment