Susulan kenyataan pelakon Shahz Jaszle yang mengatakan gadis misteri yang ditangkap khalwat bersamanya sebagai wanita psiko dan sengaja mahu memutuskan ikatan pertunangannya dengan Redzwani Puteri, kali ini wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah itu tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu tersebut.
“Dakwaannya kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata Farah melalui akhbar Harian Metro, hari ini.
Dia turut mendedahkan bahawa Shahz turut mengajarnya untuk menipu dengan mengatakan dia merupakan krew yang mengasingkan pakaian buat aktor tersebut semasa tangkapan tersebut dibuat.
Farah turut menyifatkan segala kenyataan yang dikeluarkan Shahz selama ini berhubung kes khalwat mereka adalah seperti seorang yang ingin lari daripada masalah.
“Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama,” katanya.
Makin rumit nampaknya kes ini apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan di antara satu sama lain.
Semua masalah ada penyelesaiannya jika pihak yang terlibat mengambil langkah bijak dengan berbincang dan bersemuka agar segala kekeliruan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Bukan begitu?
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment