Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 25, 2013

No Comment
Neelofa

Semalam, laporan media ada melaporkan mengenai pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle pernah berhutang dengan pasangannya dalam filem Azura, Noor Neelofa Mohd Noor sebanyak RM5000.
Hari ini, menerusi Harian Metro, Neelofa tampil menjelaskan perkara sebenar tentang hal hutang tersebut dan menafikan pernah berhubung Shahz untuk menuntut hutang itu dijelaskan.
“Memang perkara itu (meminjam duit) pernah berlaku. Kelakar juga apabila kisah ini terbongkar sedangkan ia sudah lama berlalu. Saya lama tidak berhubung dengannya dan nombor telefonnya juga tiada dalam simpanan saya. Kali terakhir saya berjumpa Shahz ketika dia hadir ke studio Meletop untuk mempromosikan drama lakonannya. Itupun kami hanya bertanya khabar. dan saya langsung tidak ingat soal duit yang pernah dipinjamnya itu. Justeru, saya menegaskan gosip itu tidak benar dan hanya andaian pihak tertentu saja,”katanya.
Neelofa turut menjelaskan dia sudah menghalalkan hutang yang dipinjam aktor tersebut dan enggan menambahkan lagi kekusutan kepada Shahz yang kini berdepan kontroversi berhubung kes khalwatnya.
“Jika benar seperti dakwaan gosip itu kononnya Shahz mengatakan saya masih mencari dia untuk menagih cinta, terpulanglah, kerana saya sudah menjelaskan awal tadi yang saya tidak pernah berhubung dengannya. Saya tidak mahu menambah lagi kekusutan yang dialaminya sekarang dan biarlah kisah ini berlalu begitu saja,” jelasnya lagi.
Nampaknya, Shahz perlu mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri. Neelofa tidak pernah mencari lagi, namun dia pula sebaliknya mengatakan aktres itu masih lagi berhubung dengannya.
Hmm, memang kaki cakap berbelit ke macam mana si Shahz ni?
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment