Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 21, 2013

No Comment
Datuk Nadzim Johan

UALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mewakili masyarakat Islam dan Melayu di Negara ini menyeru kepada kerajaan supaya segera menubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik ‘cybertroopers’ Red Bean Army (RBA).
Antara NGO yang terlibat ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Pertubuhan Permuafakatan Warga Malaysia (Pewangsa) dan Aktivis Belia Malaysia.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, kerajaan perlu segera menubuhkan suruhanjaya tersebut kerana dikhuatiri Red Bean Army mempunyai agenda tersendiri yang mahu melihat perpaduan kaum di Malaysia berpecah belah di antara satu sama lain.
“Kita harapkan pihak kerajaan tubuhkan suruhanjaya dan perkara ini disiasat supaya tindakan lanjut dapat diambil kerana kita amat takut dengan fitnah-fitnah yang disebarkan (oleh Red Bean Army boleh menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan negara),” katanya ketika ditemui semasa siding akhbar Gabungan NGO Islam Melayu Mengenai Red Bean Army, di sini pagi tadi.
Sehubungan itu, gabungan NGO tersebut akan menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sesi sidang Parlimen yang akan diadakan tidak lama lagi agar permintaan mereka itu dapat dinilai oleh pihak kerajaan.
Cybertroopers RBA kerap dikaitkan dengan DAP.
Kumpulan ini mempunyai pendekatan yang sangat ganas di alam siber dan tidak teragak-agak untuk mengugut, menjatuhkan maruah dan menakutkan mana-mana pihak yang dilihat bersifat pro-kerajaan.
Antara cara mereka bergerak ialah setiap seorang cybertroopers akan memiliki puluhan akaun Facebook berlainan yang tidak akan memaparkan wajah atau identiti sebenar mereka tetapi akan aktif memuat naik status atau menyebarkan bahan yang bersifat menjatuhkan imej kerajaan.
Sementara itu, Presiden KWMM, Dzulkarnain Taib berkata, kerajaan perlu memberikan perhatian yang serius mengenai Red Bean Army kerana propaganda yang dibawa oleh kumpulan tersebut adalah untuk menyebarkan fahaman komunis kepada masyarakat di Malaysia.
“Kita desak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja ini untuk menyiasat sehingga ke lubang cacing siapakah sebenarnya dalang serta pemberi ‘funding’ kepada Red Bean Army ini.
“Sebelum ini, banyak laporan media mengatakan parti DAP (sebagai dalang) tetapi kita pun tak mahu menuding jari tanpa sebarang bukti,” katanya.
Gabungan NGO ini juga menyeru semua persatuan NGO-NGO lain di luar sana agar bersepakat dan menyokong tindakan mereka menyeru kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja tersebut demi mempertahankan kesejahteraan dan keharmonian yang telah dikecapi Malaysia sejak 57 tahun yang lalu daripada anasir-anasir yang tidak elok seperti yang cuba diterapkan oleh cybertroopers Red Bean Army di laman-laman sosial mereka.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengarah Strategik Pewangsa, Kelana Putra Muhamad dan wakil Aktivis Belia, Hamid Hamzah.
Oleh: JULIANA JOHAR

0 comments:

Post a Comment