Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 21, 2013

No Comment
Shila Amzah

Keputusan mengembangkan bakat ke luar negara bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara terpaksa dikorbankan oleh Shila Amzah. Terbaru, Shila telah berkongsi cabaran yang dilalui dalam misi menawan negara tembok besar itu.
“Saya rasa macam kat kem tentera. Pihak pengurusan di sana sangat teliti. Bos beri saya tugas-tugas tertentu yang perlu dibuat. Antaranya belajar bahasa Mandarin, belajar lagu baru untuk persembahan dan turunkan berat badan.
“Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 5 kg. Saya perlu ke gimnasium selalu,” ujar Shila yang dipetik daripada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Shila juga menumpukan perhatian kepada muzik opera berikutan pasaran muzik bergenre itu agak besar di sana.
“Lagu opera memang tak pernah buat, jadi, itu cabaran untuk saya. Lagu itu untuk persembahan di majlis anugerah dan setiap majlis anugerah, lagu yang diberikan berlainan.
“Pasaran opera di sana agak besar. Ia seolah-olah pendedahan buat saya kepada golongan selain golongan muda,” katanya yang akan menjalani ibadah puasa di Shanghai.

0 comments:

Post a Comment