Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 4, 2013

2 comments
SEGERA: Pendaki Malaysia Maut Di Everest

PUTRAJAYA – Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.

2 comments:

  1. tak faham aku....dah la bazirkan duit...pastue everest nie ko panjat bukan dapat apa pun...padan la muka

    ReplyDelete
  2. Setuju benar. Kerja kerajaan 1 M'sia membazir tanpa tujuan. Kan dah mati sia-sia.

    ReplyDelete