KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis seorang berpangkat Sarjan dan dua koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamenderen pada 21 Mei lalu.
Bagaimanapun, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Nahar Abdul Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, mengangguk kepala dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor sebentar tadi.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan menunggu laporan bedah siasat.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, laporan kertas siasatan sudah diserahkan kepada jabatannya semalam selepas pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dhamenderen.
Beliau berkata, anggota polis yang disyaki terbabit dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, Dhamenderen, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Barita Harian
Kes ni akan pusing-pusing macam bagus je nanti. Dah lama sikit; kasi sejuk dan orang dah mula lupa, buang kes. Bukan tak biasa kes polis bunuh orang ramai. Ni kan lagi tahanan lokap. Tenguk je lah apa alasan yang akan di'spin'.
ReplyDeleteKes Amirul boleh dibuat rujukan. Dah reda keadaan; ada je alasan buang kes.
Yang terbaru - Sirul dah buat rayuan. Pusing punya pusing, nanti setel la tu...........
bkn snang nk jth kan hukuman pada seseorg.lebih2 lg hkman gantung smpi mati mandatori.skrg zaman duit.yg kalah pbicaraan wpun tak bsalah akan teraniaya..sbb tu Bible ada myebut,'jgn mghakimi org kalau diri sendiri tidak mahu dihakimi nanti'.
ReplyDelete