Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 19, 2013

No Comment
Ashraf-Muslim

Kecoh seketika dunia seni tanahair apabila terbongkar kisah Ashraf Muslim sebenarnya sudah bernikah di Thailand, 7 Julai lepas. Hal ini diketahui apabila dia menarik balik permohonan untuk berpoligami di mahkamah syariah yang sudah difailkannya sejak April lalu.
Selepas itu, keluarlah kisah-kisah susulan. Walaupun Ashraf bertindak mengunci mulut, dia tidak boleh menghalang orang lain bercakap.
Sebagai bapa mentua, Lokman Abdul Hamid, 52, bapa kepada isteri pertamanya, Noor Dayana, 26, meluahkan rasa terkilan kerana Ashraf memadukan anaknya sebelum mendapat keizinan mahkamah.
Lokman turut kesal kerana Ashraf membohongi anaknya ketika bernikah dengan menyatakan dia ke Thailand untuk urusan perniagaan. Ashraf dikatakan hanya berterus terang dia sudah bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah, 29, setelah Dayana menemui itinerari Ashraf di Thailand dan bertanya padanya.
Menurut Lokman, Dayana tidak rela dimadukan sebab itulah dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Jika itu tidak cukup panas, keluar pula puisi yang dikatakan luahan hati Dayana terhadap Ashraf. Bait-bait puisi yang tersebar luas itu mengundang simpati di hati semua orang terutama para wanita yang membacanya.
Bagaimanapun, sebagaimana cekal Dayana memegang erat tangan Ashraf di mahkamah tempoh hari, ternyata bukanlah dia yang kemudiannya terang-terangan menggambarkan perasaan sebenar hatinya dengan menyebarkan puisi berkenaan.
Seorang perempuan yang dikenali dengan nama Ana Hawana tampil mengakui, dialah penulis puisi tersebut. Dalam mesej yang dihantarnya kepada sebuah laman gosip, Ana Hawana menyatakan dia tampil mengakui pekara ini kerana tidak mahu Dayana dipersalahkan oleh keluarga mahupun suaminya kerana sudah cukuplah penderitaan yang sedang dialaminya sekarang.
bukandayana
Apa pun, marilah kita berdoa keadaan akan kembali jernih sempena bulan yang baik ini. Biarlah Ashraf, Diyana dan keluarga menyelesaikan sendiri perkara ini kerana hanya mereka lebih maklum duduk cerita sebenar.
Oleh: REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment