Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 18, 2013

No Comment
TERKINI: Alvin, Vivian Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Pertuduhan

Kuala Lumpur – Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook “Alvi dan Vivian-Alvivi”.
Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.
Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.
Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

0 comments:

Post a Comment