Mohd Bakri Zinin
KUALA LUMPUR – “Saya tidak mahu komen,” demikian reaksi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika ditanya berhubung kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menganggap kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) kerana ‘ketagih’.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Pencegahan Jenayah Siber di Universiti Lim Kok Wing, di sini, semalam.
Dipetik dari portal berita sebelum ini. Abdul Ghani jelas tidak bersetuju jika polis masih berharap agar akta seperti Ordinan Darurat diadakan semula.
Malah katanya, undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah
Menurut Abdul Ghani lagi, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.
Sementara itu, mengulas mengenai Ops Cantas yang dilancarkan seluruh negara, Mohd Bakri berkata ia terbukti dapat mengurangkan jenayah kekerasan dan akan diteruskan sehingga pihaknya benar-benar berpuas hati.
Menurutnya, masyarakat perlu memberi keyakinan kepada polis untuk membanteras kes jenayah berat yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
“Beri keyakinan anda kepada kami (polis) untuk melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.
Katanya, Ops Cantas seluruh negara berakhir semalam menyaksikan 2,247 individu dikenal pasti berisiko melakukan jenayah telah ditahan.
Dari jumlah itu, 63,042 individu diperiksa dan hasilnya 7 senjata api, bom tangan serta 77 senjata berjadual dirampas.
“Sebanyak 37,305 kereta telah diperiksa melalui sekatan jalan manakala 30 darinya telah disita,” katanya.
Katanya lagi, polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun dan rogol.
0 comments:
Post a Comment