Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

DI celah-celah kemeriahan sambutan kemerdekaan ke-56 semalam, kumpulan pembangkang tampil dengan idea serupa pada tahun lepas iaitu mengibarkan bendera yang digelar 'Sang Saka Melayu' bagi menggantikan jalur gemilang. Bendera itu turut dikibarkan ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said membaca puisi. Namun tidak semena-mena, seorang lelaki berbadan tegap muncul lalu merampas bendera berkenaan lalu menggumpalkannya penuh perasaan.

Jika dilihat pada ekspresi lelaki itu, jelas dia sangat terganggu dan emosi melihat Jalur Gemilang dipinggirkan pada hari kemerdekaan sekaligus mencabar perasaan patriotiknya. "Ini bukan bendera Malaysia, itu bendera Malaysia!" tegas lelaki itu kepada kelompok pembangkang sambil menunjukkan Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Tindakan beraninya itu mengejutkan orang ramai namun tiada siapa berani membantah. Kejadian yang direkodkan seseorang dan dimuat naik ke You Tube ini, serta merta menjadi viral di internet.

Bendera merah putih yang cuba diangkat oleh pembangkang sebagai ganti Jalur Gemilang ini, sebenarnya pernah digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

Perjuangan KMM adalah memerdekakan Tanah Melayu dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan ini kerana mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam. Justeru, majoriti Melayu memilih untuk mengangkat UMNO sebagai parti yang mewakili mereka untuk menuntut kemerdekaan. -REM RAMZI 



0 comments:

Post a Comment