Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – BN mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail calon DAP bagi membatalkan keputusan PRU13 kawasan berkenaan.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan petisyen M. Manogaran adalah cacat kerana gagal mematuhi Perintah 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata pempetisyen juga gagal mengemukakan fakta yang mencukupi bagi mendedahkan kuasa tindakan.

Hakim itu berkata Manogaran tidak menunjukkan bagaimana rasuah dikatakan begitu menjejaskan keputusan pilihan raya.

Umi Kalthum memerintahkan Manogaran membayar RM40,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.

Palanivel menang dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Calon lain ialah Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Kisho Kumar Kathirveloo (BEBAS) dan Alagu Thangarajoo (BEBAS). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment