Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment
Suzuka, Jepun: Dua pelumba pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Affendi Rosli dan Norizman Ismail bertekad memberi tunggangan terbaik demi memburu podium kemenangan sebagai hadiah buat Malaysia yang menyambut kemerdekaan ke-56 hari ini.

Dua pelumba itu mula memasang strategi masing-masing dalam usaha mereka bergelar juara Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Suzuka, esok.


Pemburuan podium kemenangan kategori Underbone 115cc itu penting bukan untuk kepentingan individu tapi misi kemenangan demi menjulang Malaysia sebagai kuasa permotoran Asia.

Justeru dua pelumba negara termasuk seorang pelumba muda Jepun yang beraksi di bawa pasukan sama, Kazuki Masaki akan menggunakan pendekatan berbeza.


Bagi Affendi dia perlu menang sekurang-kurangnya satu dari empat perlumbaan di Jepun yang menjadi tuan rumah bagi Pusingan 4 di Suzuka dan Pusingan 5 di Litar Antarabangsa Autopolis hujung minggu depan.


“Kami masih mencari penyelarasan terbaik untuk motosikal masing-masing terutama dalam penyediaan gear kerana trek ini tidaklah sukar biarpun baru kali pertama menganjurkan ARRC.

NORIZMAN tekad kekal kedudukan pasukan sebagai pendahulu keseluruhan.

“Apa yang perlu diberi perhatian adalah bahagian depan trek yang menurun manakala bahagian belakang sedikit teknikal kerana pendakiannya,” kata Affendi yang mengucapkan terima kasih kepada majikannya Ketua Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim kerana memberi pelepasan kepadanya untuk berlumba.


Affendi yang terlepas perlumbaan Pusingan 2 di Sentul Indonesia Mei lalu bersama Norizman menaruh keyakinan untuk menempatkan diri di kelompok tiga terbaik pada kedua-dua perlumbaan.

Pada sesi latihan bebas semalam, Kazuki Masaki menjadi pelumba yang mencatatkan keputusan sepusingan terpantas di kalangan dua rakan pasukannya itu apabila merekodkan catatan keenam terpantas berbanding Affendi, ketujuh dan Norizman kelapan. Bagaimanapun sesi ujian bebas kedua tampak terganggu kerana keadaan litar yang basah akibat hujan apabila tiada seorang pelumba mengatasi catatan sesi pagi.


Begitupun bagi Norizman yang penting pada perlumbaan Pusingan 4 ini adalah untuk mengekalkan kedudukan pasukan selaku pendahulu keseluruhan ketika ini dengan semua pelumba perlu mencari penyelarasan terbaik untuk jentera masing-masing.


“Biarpun berdepan cabaran baru di litar yang pertama kali berada dalam kalendar ARRC, saya mempunyai peluang cerah untuk berada di kelompok tiga pelumba terbaik namun perlu memberi tumpuan kepada kelajuan motosikal,” katanya. - Metro Onlinr

0 comments:

Post a Comment