Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment
Port Moresby: Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, semalam.

Bekas penuntut Bible yang gagal dalam pembelajarannya, Stephen Tari dilaporkan pernah mengetuai 6,000 pengikutnya di kawasan pergunungan di negara itu.


Enam tahun lalu Tari, 40, didakwa membunuh sekurang-kurangnya tiga remaja perempuan digelar sebagai Gadis Bunga dan ibu mereka dipaksa menyaksikan dia meminum darah mangsa.

Menganggap dirinya sebagai “Jesus sebenar” Tari cuma disabitkan kesalahan atas tuduhan merogol tiga tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan hukuman mati terhadap kesalahan bunuh atau rogol.


Dia juga menjadi seorang daripada 48 banduan yang memboloskan diri dari penjara enam bulan lalu. Sejak itu, Tari menjadi pelarian dengan sejumlah pengikut sebelum hidupnya ditamatkan di tangan orang awam apabila membunuh seorang wanita dan cuba membunuh seorang yang lain. Dikelilingi penduduk kampung, Tari dipercayai dibelasah dan dicekik hingga mati bersama seorang daripada pengikut setianya di kawasan terpencil Gal di utara wilayah Madang semalam. Disebabkan lokasi kejadian jauh di pedalaman polis tidak dapat mengesahkan sama ada Tari benar-benar membunuh seorang wanita kerana mahu menghidupkan semula ajaran kepercayaannya.


Ketua Polis Madang, Sylvester Kalaut berkata, tempat Tari dibunuh terletak beberapa kilometer dari bandar dan memerlukan masa kira-kira empat jam berjalan sebelum sampai ke situ.

GAMBAR fail menunjukkan Tari ketakutan selepas dia dibelasah dan diikat sebelum diserahkan kepada polis pada 2007.

“Kami menghantar polis dan doktor ke situ untuk mengetahui punca kematian Tari,” katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment