Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 30, 2013

One Comment

JIKAkita lihat sebelum ini banyak jenayah rogol dilaporkan berlaku di India.

Namun kali ini media antarabangsa, Al Jazeera mendedahkan golongan wanita di kem pelarian di Somalia turut menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Rata-rata mangsa rogol bertindak untuk tidak mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana takut akan stigma masyarakat serta akibat yang bakal dihadapi mereka.

Sebuah organisasi kebajikan tempatan menggesa golongan mangsa jenayah rogol untuk tampil mengemukakan laporan sekaligus menerima nasihat perundangan dan perubatan.


Salah seorang mangsa yang buta mendakwa pihak tentera telah bertindak kasar terhadap dirinya serta menjadikannya sebagai umpan pemuas nafsu.

"Dia menekan dahi saya menggunakan senapang dan menyuruh saya diam.

"Selepas dia merogol saya, dia tendang saya ke dalam sungai," jelas mangsa.

Tambah menyedihkan apabila golongan wanita di sana turut diperkosa dan dirogol dihadapan anak-anak mereka.
"Dia cuba merogol saya di hadapan anak-anak saya.

"Saya cuba untuk menyelamatkan diri dengan menarik senapangnya tetapi dia mengasari saya.

"Kemudian dia menembak kedua belah tangan saya sebelum merogol saya,"

Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Ramai penduduk kem pelarian itu menuduh pihak bersenjata Somalia adalah dalang disebalik serangan seks tersebut.

Seorang wanita mendakwa serangan kejam tersebut dilakukan oleh tentera Kesatuan Afrika.

Mangsa memberitahu media antarabangsa bahawa dia diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada kerajaan serta wakil media.

Dia sebelum ini menjadi mangsa rogol bergilir-gilir apabila pihak tentera menutup matanya dan membawanya ke sebuah kawasan terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, jurucakap tentera, Ali Adan Houmed menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia satu tuduhan yang bodoh.



Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: AL JAZEERA 

1 comments: