Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

ain rentang di sebuah pusat karaoke terkenal yang terletak di kawasan Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang didapati mengandungi unsur menghina Islam apabila membuat promosi minuman keras sempena hari raya dan merdeka.

Paling biadap, pihak terbabit bukan setakat mengambil kesempatan mempromosikan minuman keras sempena perayaan disambut masyarakat Islam malah turut menampal gambar masjid di kain rentang tersebut.

Tindakan ini mencerminkan kelakuan tidak menghormati sensitiviti penganut agama lain sedangkan majoriti khalayak umum di Malaysia sudah mengetahui arak atau minuman keras adalah haram di sisi Islam.

Dan kalau pun tidak tahu hukum, mana-mana penganut agama lain sekali pun pasti tidak rela rumah ibadat mereka digandingkan dengan promosi minuman keras.

Seharusnya, perkara ini diberi perhatian oleh pihak berwajib di Pulau Pinang.


SEMENTARA itu Koordinator Pemuda UMNO Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin memberitahu Berita Harian, poster itu dipasang sejak awal bulan ini.

Menurutnya, beliau kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

“Sedangkan jalan ini adalah antara laluan utama ke Komtar, iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong, pada kain rentang ini syarikat hiburan yang berkenaan mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.

“Pada saya ini langsung tidak kena tempat, yang paling aneh ialah saya hairan kenapa isu berkaitan sensitiviti agama ibarat dipandang remeh sahaja,” katanya.

Sementara itu turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Anak-anak Kariah Teluk Kumbar, Rashidi Abdul Majid.

Beliau berkata, pihak yang berkenaan langsung tidak berasa takut apabila sanggup meletakkan gambar masjid pada kain rentang bersama dengan minuman keras.
Menurutnya, tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.

“Kalau bagi mereka yang mudah terpengaruh sudah pasti benda sebegini akan menjadi, pada saya perkara ini agak keterlaluan,” katanya.

Bagi Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Tanjung, Fazrul Izham Badaruddin berkata, akibat tiada pemantauan yang berterusan daripada pihak yang sepatutnya khasnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), perkara sedemikian mampu menyebabkan anak muda turut terpengaruh.

“Pada saya senang saja, orang lihat iklan ini ada gambar masjid, ada yang membantah keras namun ada juga yang mungkin akan tertarik memandangkan promosi seakan ganjaran.

“Ketika bulan Ramadan lalu kita sendiri digemparkan dengan penahanan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) apabila melihat pemuda Islam berpesta arak, tambahan lagi bila ada iklan sebegini sudah pasti perkara ini akan semakin teruk,” katanya. -REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment