Hospital Tuanku Jaafar, Seremban amat bertuah kerana kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang huffaz (hafiz al-Quran) iaitu Dr Irfan Salmi, Dr Naim Yaakob dan Dr Isa Mohd Hasan yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana.
Para hafiz ini telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’, Jeram, Kuala Selangor.
Malah ada antara mereka, pernah berjaya melakukan ‘Shahadah’ iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung di hadapan ustaz.
Perkara ini mengambil masa dari selepas solat Subuh dan hanya tamat beberapa masa sebelum Maghrib.
Mereka hanya akan berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat jika perlu.
Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.
Ini menepati sifat Al-Quran sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.
Sumber: Facebook Es Farisi
0 comments:
Post a Comment